Program seminggu ini merupakan program tahunan PSN. Antara Program yang dijalankan termasuk motivasi, bengkel sains , bengkel komputer, bengkel astronomi, Projek Young Scientist, Drama dan bengkel muzik yang diiringi guru-guru sebagai fasilitator. Semua kos penyertaan ditanggung sepenuhnya oleh PSN.
WAKTU PROGRAM
Setiap sesi adalah selama 1 minggu

KOS
Penginapan, pengangkutan, makanan dan program akan ditaja oleh PSN.
Pengambilan peserta seramai 72 orang adalah melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.
SASARAN
Pelajar kurang berkemampuan dari luar bandar dan pemenang kuiz program MOSTI di Desa yang berumur 12 - 14 tahun bersama guru pengiring
|