PROGRAM SEKOLAH
pelajar
keajaiban sains  +
pendidik
khas
PROGRAM AWAM
PROGRAM JANGKAU LUAR
ALBUM FOTO
KALENDAR AKTIVITI
BORANG TEMPAHAN

Malaysian Junior Robotics Competition' (MJRC)

Pada tahun 2003, sebanyak 42 pasukan yang terdiri dari ssekolah rendah dan menengah telah mengambil bahagian. Bilangan penyertaan telah meningkat kepada 101 pasukan pada tahun 2004. Bagi tahun 2005, bilangan penyertaan yang diterima melebihi 250 pasukan. pasukan yang menyertai terdiri dari seorang guru dan tiga pelajar.

OBJEKTIF PROGRAM

Merangsang pelajar yang menyertai program untuk menyelesaikan masalah melalui pemikiran kreatif, logik dan di luar sempadan ('Out of the box')

1) Meningkatkan kepakaran menggunakan peralatan berteknologi seperti berikut :
i memprogramkan computer
ii membina dan merekacipta robot
iii menguasai bidang matematik, sains, komputer, seni dan bahasa.

2) Menyemai semangat berpasukan, meningkatkan kebolehan berkomunikasi dan mengasah bakat kepimpinan.

3) Memupuk kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan bermotivasi tinggi.

KOMPONEN PROGRAM

Pertandingan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

i Pertandingan Peringkat Zon (5 Zon). Zon A adalah Wilayah Persekutuan, Zon B adalah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Zon C adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, Zon D adalah Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala Zon E adalah Sabah, Sarawak dan Labuan.

ii Pertandingan Peringkat Kebangsaan. Sramai 50 pasukan akan dipilih dari peringkat zon untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Pada tahun 2003 pertandingan diadakan di PSN, 2004 diadakan di SMT Segamat dan pada tahun 2005 diadakan di SMT Pulau Pinang.

iii Pertandingan Peringkat Antarabangsa. Pada tahun 2003 peserta Malaysia telah menyertai International Robotics Olympiad (IRO) di Daejon, Korea dan World Robot Olympiad (WRO) 2004 di Singapura. Peserta Malaysia telah berjaya menggondol pingat emas untuk kategori sekolah rendah dan hadiah khas untuk kategori terbuka bagi sekolah menengah.

 

KOORDINATOR
En.Low Yoon Keong / Sasbadi Sdn. Bhd
e-mel : yklow@psn.gov.my
Telefon : 03-20921150 samb 316