Program ini dijalankan dengan menggunakan
program dan kemudahan pembelajaran yang sedia ada iaitu bahan
pameran interaktif jenis "hands-on" dan Program
Tarbiyah Sains Pusat Sains Negara iaitu Program Jangkau Dalam
seperti Kuiz dan Muzik. Aktiviti direkabentuk mengikut kumpulan
istimewa.
OBJEKTIF
Memberi pendedahan sepenuhnya kepada kumpulan warga istimewa mengenai
kemudahan pembelajaran pusat sains dan menyediakan program dan aktiviti
bersesuaian dengan keadaan warga istimewa tersebut.

WAKTU PROGRAM
Setiap sesi program adalah selama 2
hari
SASARAN
Terbuka kepada kumpulan-kumpulan berikut:-
- Golongan kurang berupaya
- Kelas khas seperti bermasalah pembelajaran/pendidikan
khas
- Anak-anak yatim dari rumah kebajikan dan
- Warga Emas
(melebihi 55 tahun)
KOS PENYERTAAN
Percuma
|