PROGRAM SEKOLAH
pelajar
keajaiban sains  +
pendidik
khas
PROGRAM AWAM
PROGRAM JANGKAU LUAR
ALBUM FOTO
KALENDAR AKTIVITI
BORANG TEMPAHAN
Jurutera Tunas
(pra sekolah)

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak yang berumur 4 - 6 tahun pengalaman sebagai seorang jurutera. Sambil bermain, belajar dan berfikir, program ini dapat merangsang minat kanak-kanak agar meminati bidang kejuruteraan dengan pelbagai aktiviti kejuruteraan yang dijalankan.

Tajuk - tajuk aktiviti :

a) Kegunaan peralatan kejuruteraan -Kenali pelbagai jenis peralatan dan kegunaannya

b) Mengasingkan pelbagai jenis bahan -Cuba cari, asing dan bandingkan tekstur pelbagai bahan yang disediakan

c) Menghasilkan kapal terbang kertas -Mencabar kreativiti, menguji kestabilan dan menentukan jarak

d) Aktiviti menara cawan - Menguji kedudukan cawan yang disusun secara menegak atau menyonsang dan perbezaan saiz

e) Jambatan kertas - Adakah sehelai kertas mampu menampung berat sebuah lori?

f) Menguji kekukuhan bentuk segitiga dan segiempat sama - Bentuk mana yang paling stabil?

g) Membentuk kubah yang stabil - Menguji pelbagai jenis tapak kubah

h) Menguji kelajuan pergerakan - Mengubah sudut ketinggian dan jenis pemukaan laluan

 

WAKTU PROGRAM DAN LOKASI

 
 
Hari: Isnin - Khamis
Masa: 9.30 pagi - 10.30 pagi
Kumpulan Sasaran: Kanak-kanak 2-4 tahun
Lokasi: Bilik Peneroka Comel
Kos: RM3.00 seorang
 
 

 

Nisbah yang ditetapkan adalah seorang penjaga / guru : 5 orang kanak-kanak

KOORDINATOR
Norhanita bt. Abd Hamid
e-mel : hanita@psn.gov.my
Telefon: 03-20921150 samb. 324

Tempah On-Line