Guru-guru
didedahkan kepada bahan pameran, Program Tarbiyah Sains,
pusat sumber serta kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran
seperti bengkel dan makmal sains interaktif “hands-on” PSN.
Berasaskan kepakaran guru dalam kurikulum dan teori pendidikan
guru menghasilkan modul program dan aktiviti serta helaian
kerja yang boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah atau
semasa lawatan pelajar ke PSN.
OBJEKTIF
-
Memberi pendedahan pembelajaran-pengajaran jenis interaktif “hands-on” melalui
bahan pameran dan program / aktiviti kepada pendidik
bagi diterapkan dengan kurikulum sekolah.
-
Mendapat khidmat kepakaran pendidik dalam penggubalan
program pendidikan dan pameran PSN
MANFAAT
Guru-guru dapat menerapkan pembelajaran-pengajaran jenis “hands-on” interaktif
di sekolah bagi memantapkan kefahaman dan minat pelajar
terhadap sains dan matematik dan guru-guru pioneer ini
akan menjadi guru kepada peserta-peserta baru untuk bengkel
akan dating dan guru-guru ini boleh menunjuk ajar kaedah
ini di sekolah masing-masing.
PSN akan dapat melaksanakan Program Tarbiyah Sains yang
sejajar dengan kurikulum sekolah demi memantapkan pembelajaran-pengajaran
Sains dan Teknologi di kalangan generasi muda Malaysia.
TEMPOH
4 minggu (Akhir tahun).
FREKUENSI
2 kali setahun.
PEMBIAYAAN
Kementerian Pelajaran Malaysia membiayai kos penginapan dan
perjalanan guru-guru dan Pusat Sains Negara membiayai kos program.
SASARAN
Dua orang guru sains dan matematik sekolah rendah dan dua orang guru sains
dan matematik sekolah menengah.
|