Garis Panduan Pelawat (COVID-19)

Berikut adalah garis panduan terkini untuk pelawat, yang perlu dipatuhi sepanjang berada di Pusat Sains Negara untuk kebaikan kita bersama.

  1. Waktu lawatan ke PSN adalah dari pukul 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG. 
  2. Anda perlu mendaftar masuk MySEJAHTERA serta memaparkan SIJIL DIGITAL VAKSINASI, sebelum dibenarkan masuk.
  3. Kanak – kanak 12 tahun dan ke bawah, perlu ditemani ibu bapa atau penjaga yang SUDAH LENGKAP VAKSINASI
  4. PEMAKAIAN PELITUP MUKA ADALAH DIGALAKKAN sepanjang berada di premis PSN.
  5. Pengunjung yang datang ke PSN perlu memastikan PENJARAKAN FIZIKAL SEKURANG – KURANGNYA 1 METER termasuk ketika menggunakan kemudahan dan berada di galeri pameran.
  6. Pelawat dinasihatkan untuk SENTIASA MENGAMALKAN KEBERSIHAN DIRI dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan.
  7. Sentiasa AMALKAN ETIKA BATUK DAN BERSIN YANG BETUL, lebih – lebih lagi ketika berada di tempat awam.
  8. Untuk memastikan pergerakan pelawat terkawal, PSN hanya menggunakan satu sahaja laluan keluar /masuk.
  9. Pelawat yang keluar dari galeri untuk ke tandas atau tujuan lain, dikehendaki melalui semula proses saringan kesihatan.
  10. Pelitup muka yang telah digunakan, perlu dibuang di tempat yang telah disediakan. Jangan sekali – kali dibuang merata – rata.
  11. Orang kurang upaya, OKU mesti diberi keutamaan sepanjang berada di PSN.

*Pusat Sains Negara berhak meminda mana – mana garis panduan atas nasihat Pihak Berkuasa termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

#psnprihatin #kitajagakita #kitamestimenang 

 

 

Terdahulu
Jumlah Pengunjung PSN
20-Nov-2024 : 882 Orang
Bulan Lepas : 52725 Orang
Bulan Ini : 27208 Orang