Syarat Pertandingan

 

1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah awam, swasta atau sekolah di rumah. – Peserta bagi Kategori Murid Berkeperluan Khas perlu menghantar salinan kad OKU atau borang pengesahan pengetua sekolah kepada urus setia di tinkering.ntc@psn.gov.my sebelum tarikh tutup pendaftaran.

2. Penyertaan secara berkumpulan – daripada 2 hingga 3 orang pelajar yang menepati Kategori Peserta dan 1 Penyelia (guru, ibu bapa atau penjaga yang berumur 18 tahun ke atas). Pindaan ahli selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

3. Projek hendaklah menepati tema Lestari Untuk kehidupan Sejagat (Sustainable For Global Life Being) dan memenuhi satu daripada Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDG)) berikut:

a) SDG-14: Kehidupan di Bawah Air

b) SDG-15: Kehidupan di Darat

4. Hanya satu (1) projek sahaja dibenarkan untuk setiap kumpulan.

5. Projek hendaklah berbentuk fizikal seperti rekabentuk, model, elektrikal, mekanikal, mekatronik, seni dll.

6. Semua bahan yang dihantar akan menjadi hak milik pihak penganjur. Penganjur berhak menggunakan semua bahan yang dihantar untuk apa-apa tujuan pameran / promosi dan sebagainya.

7. Projek hendaklah janaan sendiri dan bukan plagiat. Projek yang pernah memenangi mana-mana anugerah inovasi juga adalah tidak layak dipertandingkan. Sekiranya berlaku plagiat dan produk tersebut telah didaftarkan di bawah Hak Cipta Perbadanan Harta Intelek maka sebarang pelanggaran undang-undang hak cipta adalah tanggungjawab peserta tersebut dan bukan tanggungjawab pihak penganjur.

8. Sebarang perubahan maklumat haruslah dimaklumkan pada urusetia sebelum tarikh pendaftaran ditutup.

9. Peserta hendaklah memahami Syarat-Syarat, Garis Panduan dan Format Pertandingan NTC2023 yang telahĀ ditetapkan. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat, garis panduan dan format pertandingan yang ditetapkan.

10. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat pindaan terhadap syarat-syarat di atas pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.

11. Yuran pertandingan adalah percuma dan kos projek adalah di bawah tanggungjawab peserta.

12. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.