Maklumat Pertandingan

Pengenalan Pertandingan Robot Tempur Malaysia

  1. Pertandingan Robot Tempur Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara Kuala Lumpur.
  2. Pertandingan ini telah dianjurkan sebanyak tujuh (7) kali sejak tahun 2013 hingga 2023.
  3. Pertandingan pada tahun ini akan diadakan pada 16 hingga 19 September 2024 bertempat di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur, Bukit Kiara.
  4. Peserta perlu menghasilkan robot yang berkeupayaan bertempur 1 lawan 1 dalam gelanggang bersaiz 20 kaki x 20 kaki. Berkonsepkan penghasilan robot tempur secara praktikal, para peserta perlu mengaplikasikan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang teknologi tanpa wayar dan juga reka bentuk robot yang meliputi ciri inovasi dan kreativiti.

Objektif pertandingan

  1. Menarik minat masyarakat terutama golongan muda terhadap STEM khususnya dalam bidang robotik;
  2. Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pembelajaran sains secara praktikal (hands-on) seterusnya menarik minat mereka terhadap STEM; dan
  3. Menggilap bakat peserta dan membudayakan STI secara kreatif terhadap generasi muda dan masyarakat.



Tema pertandingan
Tema pertandingan adalah “keep fighting” atau “terus berjuang”.

Kategori
Berat maksimum robot : 45kg

Tempoh pendaftaran

5 Julai hingga 15 Ogos 2024

Kuota pendaftaran

Minimum : 8 pasukan

Maksimum : 40 pasukan

Penganjur

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Pusat Sains Negara

Penaja

Hibiscus Petroleum Berhad


Tentatif pertandingan

5 Julai hingga 15 Ogos 2024 Pendaftaran online dan pembayaran yuran pertandingan
16 Ogos 2024 Undian kumpulan (balloting)
15 September 2024 Taklimat fizikal peserta

Pengujian robot dan gelanggang

16 – 19 September 2024 Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2024