Kaedah Perlawanan
- Setiap pasukan harus membina sebuah robot tempur yang akan dikendalikan secara praktikal dengan mengaplikasikan kawalan jauh tanpa wayar serta dilengkapi dengan senjata yang dibenarkan.
- Perlawanan adalah secara liga.
- Perlawanan akan dijalankan antara satu (1) lawan satu (1) dalam gelanggang khas dengan ciri keselamatan serta cabaran yang telah disediakan.
- Masa setiap perlawanan adalah selama lima (5) minit.
- Pasukan yang berjaya melumpuhkan robot lawan atau menolak robot lawan ke dalam lubang maut (death pit) akan menjadi pemenang.