Kriteria Pemarkahan

 

  1. Kriteria pemarkahan akan dibuat berdasarkan senario-senario yang berikut:
  • Nyahaktif (Disabled) – Robot pihak lawan tidak berfungsi sepenuhnya
  • Pegun (Immobilized) – Robot pihak lawan tidak dapat bergerak
  • Lumpuh (Paralyzed) – Robot pihak lawan dilumpuhkan dan mampu bergerak setempat sahaja
  • Musnah (Destroyed) – Robot pihak lawan dimusnahkan/ dihancurkan
  • Lubang Maut (Death Pit) – Pihak lawan berjaya dijatuhkan atau terjatuh ke dalam lubang maut
  • Bendera Putih (White Flag) – Pihak lawan menyerah kalah dengan mengangkat bendera putih
  • Hilang Kelayakan (Disqualified) – Pihak lawan melanggar mana-mana syarat dan peraturan perlawanan serta kriteria robot

 

  1. Bagi setiap senario, mata pemarkahan akan diberikan pada setiap pusingan berdasarkan jadual di bawah:

 

Senario Menang Tewas
Berjaya menjatuhkan pihak lawan ke dalam Lubang Maut +100 -50
Berjaya menyahaktifkan/ memegunkan/ melumpuhkan/ memusnahkan pihak lawan +100 -75
Pihak lawan menyerah kalah atau hilang kelayakan +100 -100
Tiada pemenang 0 0

 

  1. Ulangan perlawanan akan diadakan bagi pusingan yang mana pemenang tidak dapat ditentukan.