Kriteria Pemarkahan
- Kriteria pemarkahan akan dibuat berdasarkan senario-senario yang berikut:
- Nyahaktif (Disabled) – Robot pihak lawan tidak berfungsi sepenuhnya
- Pegun (Immobilized) – Robot pihak lawan tidak dapat bergerak
- Lumpuh (Paralyzed) – Robot pihak lawan dilumpuhkan dan mampu bergerak setempat sahaja
- Musnah (Destroyed) – Robot pihak lawan dimusnahkan/ dihancurkan
- Lubang Maut (Death Pit) – Pihak lawan berjaya dijatuhkan atau terjatuh ke dalam lubang maut
- Bendera Putih (White Flag) – Pihak lawan menyerah kalah dengan mengangkat bendera putih
- Hilang Kelayakan (Disqualified) – Pihak lawan melanggar mana-mana syarat dan peraturan perlawanan serta kriteria robot
- Bagi setiap senario, mata pemarkahan akan diberikan pada setiap pusingan berdasarkan jadual di bawah:
Senario | Menang | Tewas |
---|---|---|
Berjaya menjatuhkan pihak lawan ke dalam Lubang Maut | +100 | -50 |
Berjaya menyahaktifkan/ memegunkan/ melumpuhkan/ memusnahkan pihak lawan | +100 | -75 |
Pihak lawan menyerah kalah atau hilang kelayakan | +100 | -100 |
Tiada pemenang | 0 | 0 |
- Ulangan perlawanan akan diadakan bagi pusingan yang mana pemenang tidak dapat ditentukan.