Syarat-syarat Pertandingan
- Terbuka kepada peserta warganegara Malaysia dan peserta luar negara.
- Pertandingan adalah terbuka kepada golongan belia daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Mara, politeknik, komuniti robotik dan individu persendirian.
- Setiap penyertaan hendaklah berdaftar melalui borang ini (google form)
- Penyertaan adalah secara berpasukan – maksimum tiga (3) orang ahli dan seorang pengurus pasukan.
- Penyertaan dan penghasilan robot adalah terhad kepada satu (1) sahaja untuk setiap pasukan.
- Wakil daripada institut yang sama masih boleh menghantar lebih dari satu (1) pasukan melalui penyertaan yang berbeza.
- Peserta perlu menghasilkan sebuah robot per pasukan yang mampu bertempur dalam gelanggang berpandukan garis panduan pertandingan serta mengikuti kriteria yang ditetapkan.
- Robot yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi berat maksimum 45 kg dan hanya menggunakan senjata fizikal sahaja yang mampu menolak, mengangkat dan mematikan pihak lawan mengikut kriteria yang dibenarkan.
- Robot dari setiap pasukan akan bertempur secara satu (1) lawan satu (1) di dalam gelanggang yang disediakan (bersaiz 20’ x 20’) dan hendaklah menewaskan pihak lawan dalam masa lima (5) minit.
- Penyelia pasukan tidak dibenarkan mengendalikan atau mengawal robot sepanjang pertandingan.
- Seorang ahli pasukan mestilah dilantik sebagai pengendali robot utama bagi setiap perlawanan.
- Setiap pasukan tidak dibenarkan membuat pertukaran ahli sepanjang pertandingan.
- Robot yang dibina mestilah mengikut spesifikasi serta berada dalam kategori berat yang dibenarkan. Semua robot termasuk sumber kuasa, kabel dan bahagian-bahagian mesin yang lain perlu ditimbang sebelum setiap perlawanan.
- Sebarang penambahbaikan atau perubahan pada robot adalah dibenarkan selagi mana masih mengikut kriteria dan syarat yang ditetapkan.
- Kos setiap robot yang dibina adalah di bawah tanggungjawab peserta sepenuhnya. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos atau kerugian yang ditanggung oleh peserta.
- Penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat pertandingan akan ditolak.
- Pihak penganjur berhak untuk membuat pindaan terhadap syarat-syarat di atas pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.