Just Science It!
PAMERAN OBSKURA XR

Mari terokai dunia realiti maya dan teknologinya. Imersifkan diri anda dalam dunia di mana sains adalah magik.

TAMAN DIGITAL

1. Luncur Pelangi

Menggelongsor sambil bermandikan cahaya. Imej pada slide tersebut akan bertukar apabila pengunjung menuruni gelongsor.
Aktiviti ini dapat meransang deria, meningkatkan kemahiran motor dan mencetus kreativiti melalui aktiviti fizikal yang interaktif dan imersif.

2. Jelajah Biru

Menjelajah ke dasar lautan bersama hidupan laut dan pelajari ekosistem melalui paparan digital 360°.
Rasai pengalaman menyelam bersama hidupan laut seperti ikan paus, penyu dan pelbagai hidupan yang menarik dan unik.

3. Metro Tekno

Serlahkan kreativiti & imaginasi dengan belajar sambil mewarna pelbagai jenis kenderaan darat, udara dan air. Imbas dan perhatikan imej 3D kenderaan anda akan muncul dan bergerak di dalam dunia bandar digital.
Permainan ini akan mencetuskan kreativiti dan merangsang daya imaginasi dalam berkarya.

 


 

DUNIA FANTASI

1. Portal Poligon

Portal infiniti yang dilengkapi dengan `magical landscape flora and fauna’ berbentuk polygon dan berakhir dengan suasana hujan yang memberi pengalaman imersif kepada pengunjung.
Aktifkan suasana magis dengan lontarkan suara anda.

2. Menangkis Serangan

Era baru e-sukan yang dikuasakan oleh teknologi realiti maya (VR). Bersiap sedia dan pakai perisai anda untuk berjuang. Alami perjuangan menembak mengunakan Realiti Maya (VR) yang mengasyikkan. Kumpulkan pasukan anda dan membawa mereka menuju kemenangan.
Pastikan bola tenaga anda berputar dan asah kemahiran menembak dan koordinasi mata-tangan anda.

Maklumat Penting

Keperluan Ketinggian: 150 cm dan ke atas

 

3. Riak Rimba

Pernahkah anda berpeluang menyaksikan bagaimana rantai makanan dalam ekosistem kita berlaku? Interaksi antara pelbagai hidupan yang membentuk ekosistem seimbang.
Terokai dan pelajari tentang flora dan fauna ekosistem dengan memijak bulatan interaktif di atas lantai.

 

4. Cabaran Mendaki

Serlahkan deria labah-labah dalaman anda dan panjat ke puncak. Ini bukan pengembaraan memanjat batu biasa.  Dinding ini menggabungkan teknologi Augmented Reality (AR) dengan pelbagai misi untuk dipilih.
Kemahiran pembelajaran kinestetik badan yang digunakan dalam aktiviti ini boleh meningkatkan penggunaan seluruh anggota badan kita untuk menyelesaikan misi.

 

WAKTU LAWATAN
Waktu operasi :9.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu sehingga Khamis
Tutup pada hari Jumaat

 

BAYARAN MASUK

Kategori/ Category Harga tiket/ Ticket Price
Dewasa (13 tahun & ke atas) RM 8.00
Kanak-kanak (4 – 12 tahun) RM 6.00
Rombongan Sekolah Menengah (termasuk guru) RM 5.00
Rombongan Sekolah Rendah/ Prasekolah (termasuk guru) RM 3.00
Warga Emas (55 tahun & ke atas) Percuma
Kanak-kanak (3 tahun & ke bawah) Percuma
Orang kelainan Upaya (OKU) Percuma

*Bayaran masuk galeri ini tidak termasuk caj tiket kemasukan ke Pusat Sains Negara.

 

 

Jumlah Pengunjung PSN
21-Dec-2024 : 3721 Orang
Bulan Lepas : 55483 Orang
Bulan Ini : 42303 Orang