Hari Istimewa Sains 2026
Program khidmat sosial yang dianjurkan oleh PSN untuk menggalakkan penglibatan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam aktiviti STI. Program ini berkonsepkan bermain sambil belajar dan direka khas bersesuaian dengan keupayaan peserta yang melibatkan aktiviti berasaskan lima deria utama (penglihatan, sentuhan, bau, rasa, dan pendengaran).




