Just Science It!
Program School’s Out Kids In (SOKI) Mei 2026

School’s Out Kids In merupakan program pendidikan sains interaktif anjuran Pusat Sains Negara sempena cuti sekolah bagi memperkenalkan konsep tenaga nuklear lestari kepada kanak-kanak dan keluarga melalui pendekatan santai, kreatif dan menyeronokkan.

Pelbagai aktiviti menarik berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) disediakan termasuk pameran interaktif, demonstrasi sains dan aktiviti hands-on yang mampu meningkatkan kefahaman mengenai aplikasi teknologi dalam kehidupan seharian.

Ayuh bawa seisi keluarga ke Pusat Sains Negara dan nikmati pengalaman pembelajaran sains yang menyeronokkan dengan tema Eksplorasi Nuklear Lestari sepanjang musim cuti sekolah!