KUALA LUMPUR 30 Mei – Pusat Sains Negara mengedarkan 1,000 naskhahUtusan Malaysia secara percuma kepada orang ramai yang menghadiri majlis pelancaran Program Penggalakan Sains dan Matematik 2011 di sini baru-baru ini.
Edaran percuma akhbar Utusan Malaysia selama sehari disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sains Negara, Prof. Madya Dr. Irmawati Ramli.
Irmawati berkata, pihaknya memilih untuk mengedarkan Utusan Malaysia secara percuma kerana akhbar itu ada menyiarkan komponen pendidikan terutama berkaitan sains dan teknologi.
Katanya, langkah itu amat baik khususnya kepada pelajar kerana pembaca sebelum ini hanya lebih gemar untuk membaca ruangan hiburan, politik dan sukan.
“Justeru kami amat menyokong masyarakat supaya melanggan atau membeliUtusan Malaysia kerana ia masih merupakan medium yang berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat,” katanya.
Program Penggalakan Sains dan Matematik 2011 adalah kesinambungan daripada program Malaysia Inovatif 2010 untuk meningkatkan tahap kesedaran sains dan teknologi dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan aktiviti reka cipta dan inovasi.
Sebanyak 55 program akan dilaksanakan sepanjang program itu berlangsung termasuk pertandingan Solar 1Malaysia 2011, ceramah dan bengkel mengenai sains dan teknologi.
AKHBAR / NEWSPAPER : Utusan Malaysia
SEKSYEN / SECTION : Dalam Negeri
TARIKH / DATE : 31-05-2012
Pautan asal / Original Link
Jumlah Pengunjung PSN 29-Oct-2024 : 1556 Orang Bulan Lepas : 51029 Orang Bulan Ini : 46340 Orang |