Pertandingan Amphibious Electric Vehicle 2012 menawarkan peluang kepada pelajar untuk belajar melalui pertandingan persahabatan menentang rakan-rakan mereka di mana pelajar bertanggungjawab untuk merekabentuk, pembinaan, dan prestasi kenderaan mini mereka dengan melengkapkan perlumbaan dalam masa yang paling singkat. Menggunakan apa-apa sahaja bahan, pesaing akan merekabentuk dan membina sebuah kenderaan mini yang akan berlumba di gelanggang lumba sepanjang 10-meter. Pemenang pertandingan ialah pasukan yang mempunyai kenderaan yang menjadi pemenang keseluruhan dalam siri pusingan penyingkiran sengit.
[singlepic id=73 w=320 h=240 float=none][singlepic id=74 w=320 h=240 float=none]
Penganjur:
Myrobotz Enterprise (http://myrobotz.blogspot.com/)
Tempat Rasmi:
Pusat Sains Negara
Disokong Oleh:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Objektif:
- Untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan guru, pelajar dan orang awam mengenai:
- Manfaat tenaga kuasa boleh diperbaharui terutama solar dan elektrik.
- Untuk menyediakan platform dan peluang untuk guru-guru, pelajar dan orang awam:
- Untuk bersaing dalam pertandingan berasaskan teknikal dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam bilik darjah.
- Untuk menyediakan saluran komunikasi untuk pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah dan serta IPTA/IPTS.
Jenis Pertandingan:
- Pertandingan Amphibious Electric Vehicle (Sekolah & Terbuka)
[singlepic id=75 w=320 h=240 float=none]
Jumlah Pengunjung PSN 03-Dec-2024 : 1223 Orang Bulan Lepas : 55483 Orang Bulan Ini : 4020 Orang |