PRIVASI
Aplikasi eTicketing PSN (selepas ini dirujuk sebagai “Aplikasi”), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk orang awam (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) di Pusat Sains Negara bagi memudahkan pengguna membeli tiket kemasukan secara atas talian dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
MAKLUMAT PERIBADI
Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan capaian kepada modul pembayaran eTicketing PSN. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.
MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN
a) Aplikasi ini hanya memaparkan rekod pembeli tiket yang telah sedia ada sahaja daripada Modul Tiket Sistem Eticketing PSN
b) Data yang dipaparkan adalah seperti berikut ;
i. Nama pengguna
ii. No. Kad Pengenalan
iii. E-mel
c) Data yang dipaparkan tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
d) Data yang dipaparkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.
KESAN JIKA DATA TIDAK DIBENARKAN
Sekiranya data yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
KERAHSIAAN
Data yang dipaparkan oleh Aplikasi akan disimpan menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
KESELAMATAN DATA
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada eticketing@psn.gov.my
Jumlah Pengunjung PSN 10-Dec-2024 : 1262 Orang Bulan Lepas : 55483 Orang Bulan Ini : 19100 Orang |