Pelbagai hidupan marin berwarna warni mengalu-alukan kedatangan pelawat ke dunia sains Pusat Sains Negara. Lihat sendiri pelbagai jenis ikan dan batu karang di dalam satu ekosistem terumbu karang yang unik.
Pemandangan hidupan ikan air tawar tropika menanti anda di dalam akuarium terowong ikan air tawar pertama di Malaysia. Selami keunikan diorama tasik air tawar dan sungai.
Belajar tentang sains disebalik fenomena semulajadi berkenaan Akua, Cahaya dan Angin serta bagaimana elemen-elemen ini membantu mengemudi teknologi hijau masa hadapan
Cabar minda anda untuk berfikir secara kreatif dan inovatif! Bersedia untuk menjerit “Eureka!” apabila anda berjaya menyelesaikan kesemua cabaran di dalam zon Challenge Your Mind, Colour and Sound, Illusion dan All About Numbers
Sebuah galeri yang berkonsepkan bermain dan meneroka sambil belajar dalam persekitaran yang berinteraktif, hands-on, ceria, selesa dan mengujakan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun
Aplikasi konsep bermain dan meneroka sambil belajar. Galeri ini melibatkan kemahiran pergerakan motor dan minda khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun
Zon interaktif Istimewanya Saya, Kreativiti, Bunyi & Muzik serta Mesin yang mengujakan minda kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun
Laluan ke Alam Sains
Fahami prinsip asas sains dalam bidang biologi, fizik, kimia, sains tanah dan terokai dunia mikro dan makro dalam galeri penuh penerokaan ini
Selami dunia sinaran dalam 3 bahagian pameran; pengenalan kepada sinaran, tokoh dalam teknologi sinaran dan kegunaan sinaran dalam perubatan, kajian sains dan pertanian
Menekankan kepada sejarah dan prinsip asas penerbangan iaitu prinsip Bernoulli, aerodinamik dan bagaimana prinsip ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian manusia
Jumlah Pengunjung PSN 21-Dec-2024 : 3721 Orang Bulan Lepas : 55483 Orang Bulan Ini : 42303 Orang |