Akuarium Ikan Air Tawar
Mulakan penerokaan dunia sains melalui terowong akuarium air tawar pertama di Malaysia. Kenali keunikan 15 spesies akuatik tropika serta saksikan penyelam kami memberi makan ikan setiap hujung minggu*
*Tertakluk kepada perubahan semasa


Galeri Wonderspark

Belajar tentang sains disebalik fenomena semulajadi berkenaan Akua, Cahaya dan Angin serta bagaimana elemen-elemen ini membantu mengemudi teknologi hijau masa hadapan
Galeri Eureka
Cabar minda anda untuk berfikir secara kreatif dan inovatif! Bersedia untuk menjerit “Eureka!” apabila anda berjaya menyelesaikan kesemua cabaran di dalam zon Challenge Your Mind, Colour and Sound, Illusion dan All About Numbers

Kids’ Discovery Place
Sebuah galeri yang berkonsepkan bermain dan meneroka sambil belajar dalam persekitaran yang berinteraktif, hands-on, ceria, selesa dan mengujakan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun

Kid’s World
Zon interaktif Istimewanya Saya, Kreativiti, Bunyi & Muzik serta Mesin yang mengujakan minda kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun

I-Rays
Fahami prinsip asas sains dalam bidang biologi, fizik, kimia, sains tanah dan terokai dunia mikro dan makro dalam galeri penuh penerokaan ini

Selami dunia sinaran dalam 3 bahagian pameran; pengenalan kepada sinaran, tokoh dalam teknologi sinaran dan kegunaan sinaran dalam perubatan, kajian sains dan pertanian



