Piagam Pelanggan
Kami warga Pusat Sains Negara berjanji:
- Memberi layanan yang mesra, cekap dan penuh hormat kepada semua pelanggan.
- Setiap tempahan program dan aktiviti pendidkan dan lawatan akan disahkan tidak melebihi tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh tempahan dibuat.
- Galeri-galeri pameran berada dalam keadaan penyelenggaraan yang baik dan selamat.
- Sekurang-kurangnya 85% bahan-bahan pameran interaktif berfungsi pada setiap masa.
- Semua aduan mengenai perkhidmatan dan kemudahan akan dikendalikan dan diambil tindakan dalam tempoh satu (1) minggu.
- Demi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan, kami sedia menerima sebarang teguran, pandangan dan idea-idea.
Jumlah Pengunjung PSN 09-Jan-2025 : 2206 Orang Bulan Lepas : 75711 Orang Bulan Ini : 12795 Orang |