Program ini adalah kerjasama antara Pusat Sains Negara dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPG) dan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Objektif
Pendedahan kepada guru-guru mengenai mengenai perkhidmatan/produk yang ditawarkan oleh Pusat Sains Negara bagi memudahkan guru-guru merancangkan lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN).
Kumpulan Sasaran
- Guru-guru sains dan matematik sekolah rendah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
- Guru-guru sains dan matematik sekolah menengah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
- Guru-guru pelatih sains dan matematik yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Butir-butir Program
Satu sesi taklimat mengenai Pusat Sains Negara (PSN) akan didedahkan kepada guru-guru supaya meraka faham cara operasi Pusat Sains Negara. Guru-guru juga didedahkan kepada bahan pameran, program tarbiyah sains, pusat sumber serta kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran sains interaktif hands-on Pusat Sains Negara (PSN).
Penyelaras Program
Siti Munirah
03-2089 3400 ext 3490
Jumlah Pengunjung PSN 20-Jan-2025 : 1909 Orang Bulan Lepas : 75711 Orang Bulan Ini : 34707 Orang |