Just Science It!
Program Pendidik

Program yang mengsasarkan golongan pendidik melalui bengkel perkongsian kaedah-kaedah pembelajaran secara bukan formal yang interaktif, untuk meningkatkan minat para pelajar dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program ini mempunyai dua (2) komponen iaitu :

 1. Bengkel Pendidik

Bengkel perkongsian kaedah-kaedah pembelajaran STEM bukan formal yang menyeronokkan dan boleh diaplikasikan oleh warga pendidik semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di institusi pembelajaran. Modul bengkel ini merangkumi topik komunikasi sains, alat bantuan mengajar dan kreativiti pendidik dalam menarik minat para pelajar.

 

2. Eksplorasi Pendidik

Program lawatan kepada warga pendidik bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan pembudayaan STI melalui bahan pameran dan aktiviti yang ditawarkan PSN. Pengisian program ini membolehkan warga pendidik melakukan persediaan sekiranya berhasrat mengadakan lawatan dan sesi pembelajaran bagi murid di PSN pada masa akan datang.