1. Pertandingan Robot Tempur Malaysia
Pertandingan Robot Tempur Malaysia merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh PSN yang bertujuan untuk menggilap bakat muda dalam bidang robotik. Pertandingan ini menguji kecekapan peserta dalam reka bentuk kejuruteraan, ketahanan mekanikal, inovasi senjata, dan strategi kawalan tanpa wayar.
Para peserta perlu menghasilkan robot (berat maksimum robot 45 kg) yang berkeupayaan bertempur 1 lawan 1 dalam gelanggang khas. Berkonsepkan penghasilan robot tempur secara praktikal, peserta perlu mengaplikasikan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang teknologi tanpa wayar dan juga reka bentuk robot yang meliputi ciri inovasi dan kreativiti.





2. Pertandingan Inovasi Jet Kawalan Jauh (RC Jet) Peringkat Kebangsaan
Pertandingan Inovasi Jet Kawalan Jauh (RC Jet) merupakan pertandingan yang memfokuskan inovasi di dalam bidang rekabentuk pesawat udara (aeromodelling). Peserta dikehendaki membina sendiri jet dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Setiap pasukan perlu menerbangkan hasil rekaan jet masing-masing dengan berpandukan disiplin aerobatik yang telah ditetapkan berdasarkan syarat-syarat pertandingan.
Pertandingan ini adalah TERBUKA kepada semua murid sekolah menengah/ teknik vokasional/ agama/ swasta di seluruh Malaysia (Tingkatan 1 hingga 5 sahaja).







