Program Inovasi Pendidik

Program ini adalah kerjasama di antara Pusat Sains Negara (PSN) dengan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) serta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Objektif
PSN berkongsi kaedah pengajaran-pembelajaran jenis interaktif hands-on melalui bahan pameran, program dan aktiviti dengan guru bagi diterapkan oleh guru semasa mengajar sains dan matematik di sekolah. Dengan ini ianya dapat mempercepatkan usaha menarik minat pelajar dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Kumpulan Sasaran
Guru-guru sains dan matematik sekolah rendah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Butir-butir Program
Program ini dirancang dan dilaksana di Pusat Sains Negara (PSN), Pusat Kegiatan Guru (PKG), Bahagian Teknologi Pendidikan Negerik atau tempat lain yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran di seluruh Malaysia. Program ini dilaksanakan selama tiga (3) hari dimana kandungan program diselaraskan dengan kurikulum sekolah dan disampaikan dengan kaedah jenis hands-on, minds-on dan hearts-on.

Penyelaras Program
Siti Munirah
Tel:03-20893400 samb. 3462

Terdahulu
Jumlah Pengunjung PSN
20-Nov-2024 : 882 Orang
Bulan Lepas : 52725 Orang
Bulan Ini : 28756 Orang