Program awam merupakan aktiviti yang dijalankan setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan dan direka bersesuaian untuk semua peringkat umur. Pengunjung boleh menyertai program ini secara terus di PSN tanpa perlu membuat tempahan awal.
1. Demonstrasi Sains
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Masa : 11.00 pagi & 3.00 petang
Lokasi : Pentas Sains, Atrium, Aras 1, PSN KL
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
Masa : 11.00 pagi & 3.00 petang
Lokasi : Teater Sains, Aras 2, PSN CWU
Sertai kami dalam persembahan sains yang seronok dan mengujakan! Komunikator sains kami akan mempersembahkan eksperimen sains yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Setiap sesi demonstrasi adalah selama 15-30 minit.



Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi :
Penyelaras Program
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Nurul Hidayah binti Daud
n.hidayah[@.t]psn.gov.my
03 2089 3422
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
Ahmad Soffian bin Abdul Rahman
soffian[@.t]psn.gov.my
04 720 7704
2. Sains Situ Sana Sini
Hari : Isnin, Selasa dan Rabu
Masa : 12.00 tengahari
Lokasi : Atrium, Aras 1, PSN KL
Ayuh mencuba demonstrasi sains yang mudah bersama komunikator sains kami! Anda berpeluang melakukan sendiri demonstrasi sains dengan meniru cara komunikator sains kami atau dengan gaya anda sendiri.



Aktiviti: Portal Gelas, Kiub Terapung, Dadu Matematik dan lain-lain.
3. Solusi Sains
Hari : Khamis, Sabtu dan Ahad
Masa : 12.00 tengahari
Lokasi : Atrium, Aras 1, PSN KL
Anda rasa anda berpengetahuan tentang dunia sains?!
Uji pengetahuan dan kepantasan anda dengan menjawab soalan-soalan spontan menggunakan platform Kahoot! dan berpeluang membawa pulang hadiah istimewa daripada Pusat Sains Negara.



Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi :
Penyelaras Program
Nurul Hidayah binti Daud
n.hidayah[@.t]psn.gov.my
03 2089 3422
4. Garaj Rekacipta
Hari : Isnin-Khamis
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari & 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi : Tinker Garage, Aras 2, PSN KL
Uji kreativiti, bakat dan kemahiran teknikal anda melalui aktiviti praktikal di Garaj Rekacipta kami! Pengunjung berpeluang melakukan sendiri aktiviti teknikal dalam mereka dan mencipta prototaip mengikut arahan, contoh yang disediakan atau kreativiti sendiri.


Aktiviti : Seni Benang, Tombol Pintu, Nat & Skru dan lain-lain lagi.
Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi :
Penyelaras Program
Mohd Aziz Khan bin Mohammed Amin
aziz[@.t]psn.gov.my
03 2089 3515
Ain Najwa binti Mohamed Kamal
najwa[@.t]psn.gov.my
03 2089 3464
5. Let’s Experiment
Hari : Setiap hari kecuali Jumaat
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Let’s Xperiment, Galeri Kids Discovery Place, Aras 1, PSN KL
Bereksperimen bersama kami dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Pelajari dan terokai sesuatu yang baru dan menarik berdasarkan pemerhatian eksperimen anda.



Aktiviti : Blok Elektronik, Kaleidoskop, Imbang Haiwan dan lain-lain lagi.
Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi :
Penyelaras Program
Munirah Shafiqah binti Murat
munsha[@.t]psn.gov.my
03 2089 3566
Nur Hafawati binti Abdullah
hafawati[@.t]psn.gov.my
03 2089 3463


