Program STI & Komuniti
Program STI dan Komuniti bertujuan untuk memupuk minat dan meningkatkan literasi Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) dalam kalangan masyarakat Malaysia dari semua lapisan umur dan latar belakang melalui penganjuran beberapa program dan karnival seperti:
i. School’s Out KidsIn (SOKI) – Program yang diadakan khusus sempena cuti sekolah yang menawarkan bengkel interaktif dan pameran sains melalui pengalaman pembelajaran yang santai dan bermakna.






ii. Xporia Sains– Festival sains sebagai acara kemuncak kepada program dan aktiviti pembudayaan STI tahunan PSN. Ia menampilkan gabungan pelbagai aktiviti pembelajaran STI menarik seperti pameran interaktif, demonstrasi sains yang menakjubkan, peraduan berkonsepkan sains serta sesi perkongsian eksklusif daripada saintis dan penggiat industri STI tempatan.






iii. Hari Istimewa Sains – Program khidmat sosial yang dianjurkan oleh PSN untuk menggalakkan penglibatan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam aktiviti STI. Program ini berkonsepkan bermain sambil belajar dan direka khas bersesuaian dengan keupayaan peserta yang melibatkan aktiviti berasaskan lima deria utama (penglihatan, sentuhan, bau, rasa, dan pendengaran).







