Interactive Walkways

Aktifkan dirimu! Sahut cabaran di laluan berhalangan sepanjang lereng. Uji ketangkasan dan imbangan anda sebelum meneruskan pengembaran sains.
Garden of Nature

Singgah sebentar dan bersantai di Garden of Nature sambil ditemani kehijauan, bunga-bungaan mekar serta kupu-kupu berterbangan.
Datanglah pada setiap Sabtu pagi, anda berpeluang melepaskan sendiri kupu-kupu!*
*Tertakluk kepada perubahan semasa
Taman Prasejarah

Kembali ke zaman prasejarah ketika dinosaur menakluki Bumi! Mengembara bersama reptilia purba seperti Triceratop, Stegosaurus, Pachycephalosaurus dan Tyrannosaurus Rex
Taman Herba


Setiap tumbuhan menyimpan rahsia rasa dan khasiat tersendiri. Daripada misai kucing dan tongkat ali, sehingga ke ramuan ruji dapur anda, suatu petua kesihatan turun-temurun!
Zon Interaktif


Taman permainan fizik untuk anda semua! Rasai pergerakan harmoni pada buaian berpasangan, cabar daya emparan di atas gasing gergasi serta daki struktur Max Climber hingga ke puncak.
Water Plaza

Bukan sekadar percikan air, ia eksperimen hidrodinamik air. Anda dapat lihat sendiri keajaiban air melalui penerokaan interaktif.


