Pusat Sains Negara menawarkan Program Sekolah STEM Spark! yang merupakan bengkel aktiviti bagi murid prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Murid berpeluang mempelajari dunia sains melalui aktiviti praktikal yang disediakan bersama komunikator sains PSN.
Program ini dijalankan berdasarkan tempahan oleh pihak sekolah.
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Senarai Program Sekolah
Tempahan Program Sekolah
Untuk menempah Program Sekolah STEM Spark!, sila buat tempahan di sini.
Yuran Program
| Program | Harga Yuran (RM) | ||
| Sekolah Rendah | Sekolah Menengah | Prasekolah | |
| Garaj Rekacipta | 10.00 | 12.00 | |
| Keajaiban Sains | 8.00 | 10.00 | |
| Rahsia Alam | 8.00 | 10.00 | |
| Saintis Tunas | 5.00 | ||
Nota tambahan:
Harga yuran yang sama terpakai untuk murid dan guru.
- Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sesi bengkel.
- Terhad untuk 25 murid per sesi.
- Peserta dinasihatkan sampai 30 minit awal sebelum sesi bengkel untuk proses pembayaran yuran program di Kaunter Informasi.
- Yuran program STEM Spark! adalah bersekali dengan yuran masuk ke galeri PSN (tidak termasuk pameran bertema).
- Sistem pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) menggunakan kad debit atau kad kredit (Visa/Mastercard) sahaja.
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
Program Sekolah (Rendah & Menengah) : Tinker Garage
Program ini dirangka khas untuk pelajar sekolah rendah (7-12 tahun) dan menengah (13-17 tahun). Pelbagai aktiviti praktikal yang diolah bagi melengkapi silibus pembelajaran di sekolah untuk meningkatkan pemikiran kritikal di kalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu terhadap sains.
Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat pemerhatian, ujikaji,mengumpul dan mentafsir data, membuat inferen dan membuat kesimpulan mengenai maklumat yang diperolehi.
Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi :
Penyelaras Program
Ahmad Soffian bin Abdul Rahman
soffian[@.t]psn.gov.my


